Sunday, January 4, 2009

Pesanan buat diri

Suatu hari,tiba-tiba ALLAH SWT menentukan turunnya bala ke atas diri dan keluarga kita. Hati dan perasaan kita mencari dan bertanya,apakah salah dan dosa yg dilakukan? Mengapa begitu susah mententeramkan hati dgn berprasangka baik kepada ALLAH SWT? Kita berusaha memujuk diri dgn satu kefahaman bala dan ujian itu akan ALLAH SWT balas dgn sesuatu yg lebih baik berbanding apa yg hilang di tgn anda.


ALLAH SWT sentiasa memilih yg terbaik utk diri kita.Adakah patut kita mendahului ALLAH SWT dlm setiap pilihanNYA? Manusia berkata dlm hati: “Alangkah eloknya jika begini dan begini”.Adakah manusia itu mengetahui seperti mana ALLAH SWT mengetahui?Yang sehelai daun gugur di serata bumi ini tidak akan gugur kecuali dgn pengetahuanNYA? Alangkah naïf manusia jika ia merasa dirinya lebih tahu yg terbaik utk dipilih.


Saidina Umar AL-Khattab pernah berputus asa ketika kemenangan Islam tidak muncul. Padahal di sisi beliau ada Rasulullah SAW. Perasaan putus asa Umar ini jauh lbh bernilai drpd rasa putus asa kita yg kehilangan dunia,anak atau isteri. Perasaan putus asa Umar mewakili Islam dan kesetiaannya kpd ALLAH SWT dan RasulNYA.Manakala perasaan putus asa kita mewakili kepentingan ego dlm diri sendiri.Umar meratap sedih:”Wahai rasulullah bukankah kamu utusan ALLAH?Bukankah agama ini benar?” rasulullah menguatkan semangat sahabatnya: “Sesungguhnya aku adalah seorg hamba ALLAH dan sudah tentu DIA tidak akan membinasakan diriku”(Sirah Nabawiyah oleh Dr Mustafa al-Sibaie)


Kata-kata keramat Baginda ini sudah selayaknya menghiasi hati org mukmin yg bergantung sepenuhnya kpd ALLAH SWT.Jika kita mahu menelusuri selok belok kehidupan ini,ujian dan cabaran itu sebenarnya membuat anda menjadi lebih kebal.Tidak mudah goyah dan mampu melompat lebih tinggi.


Orang yg memenangi pertarungan itu sebenarnya bukan yg kuat tetapi yg mampu menahan sakit.Lihatlah mereka yg Berjaya. Di atas kesakitan itu mereka membina kekuatan,rela tidak tidur utk kerja yg perlu diselesaikan. Mereka yg Berjaya begitu disiplin dan menghargai kesaikitan yg diderita. ALLAH SWT menguji siapakah yg paling baik imannya dan paling reda dgn qada dan qadarNYA.


Dr Yusuf Al-Qardhawi dlm kitabnya Al-Iman wal Hayah menyatakan: “Tidak mungkin manusia dpt menghindarkan diri drpd pelbagai kesulitan,begitula kenyataan hidup,ramai yg bersua dgn kegagalan,ditinggalkan kekasih,penyakit menyerang tubuh,kehilangan harta benda dan seterusnya.Kemudian beliau mengambil hadis Rasulullah bermaksud: “Perumpamaan org beriman yg ditimpa ujian bagai besi yg dimasukkan kdlm api lalu hilang karat dan tinggal yg baiknya saja”.


Beliau juga meminjam kata2 seorg ulama: “ setiap kali aku ditimpa ujian duniawi,terbayang olehku 3 kurniaan Tuhan.Yang pertama, CUBAAN ITU TIDAK MENJEJASKAN AGAMAKU,yang kedua AKU TIDAK DITIMPA BAHAYA YG LEBIH BESAR DR ITU dan yang ketiga AKU MENDAPAT PAHALA DARI ALLAH SWT KERANANYA”.


Betapa indahnya ungkapan semangat yg mencerminkan kekerasan hati org yg beriman. Seperti mana kata2 Saidina Urwah bin al-Zubair saat menghadapi sakit sehingga anggota badannya diamputasi dan kematian anak lelakinya: “Ya ALLAH, diatas kesedihan ini hamba memujiMU,engkau memberiku tujuh org anak,lalu Engkau mengambilnya satu.Aku tidak menyesal,bukankah Engkau tinggalkan untukku enam lagi? Kaki dan tanganku semunya empat dan Engkau hanya ambil satu saja drpd mereka.Bukankah ada tiga lagi yang patut aku syukuri? Kalau Engkau yg mengambil maka Engaku jugala yg member. Kalau Engkau yg menurunkan bala, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan”.


Itulah hikmah sebenar mengapa ALLAH SWT menguji,supaya tumbuh jiwa hamba pd diri kita.Tiada ego melampau dan menganggap bahawa akulah yg kuat lalu menzalimi org lain.Kerana ada Yang Maha Kuasa yg serta merta boleh merenggut ubun-ubunnya dan menghapuskan apa saja yg dimiliki.


Firman ALLAH SWT bermaksud: “katakanlah wahai Muhammad:mahukah Kami khabarkan kpdmu org yg amat rugi perbuatannya? Iaitu org sesat perbuatannya sewaktu hidup didunia sedangkan mereka mengira perbuatannya itu adalah kebaikan”.(Surah al-Kahfi:103-104)


Manusia merancang,ALLAH menentukan.Jika seorg bapa kehilangan anaknya nescaya ALLAH membalasnya dgn Baitul Hamdi(sebuah istana khusus di syurga) krn kesabarannya. Bagaimana pula org yg cekal di atas bala lebih teruk dr itu? Balaslah ujian ALLAH SWT dgn lafaz pujian dan syukur kpdNYA krn ia tanda kasih sayang ALLAH SWT kepada diri kita.


Wallahu a’lam.

1 comment:

  1. salam,
    syukran kerana mengingatkan juga..
    smg teruskan perjuangan & terus istiqamah di jalan-Nya~

    skdr renungan~
    “sedih rasanya ketika kehilangan orang yang disayangi,
    pedih juga rasanya ditinggalkan seseorang yang dicintai,
    tapi bukankah hidup ini terus berjalan?
    dan bukankah kita tak pernah memiliki sesuatu?
    segalanya berasal dari-Nya dan sudah tentu akan kembali kepada-Nya”
    "org yg meletakkan sesuatu pd tempatnya adalah org yang barakal~"

    ReplyDelete